Wednesday, 12 March 2014

Raket Klon / AAA Gred

Apa pendapat kalian tentang raket klon/ AAA gred.Design  sama tapi spec tidak 100% sama la kan.Tetapi ramai  yg jual atau pakai raket jenis ni kan.ye la nk beli yg ori tak mampu..harga ratus-ratus bang..so nk jugak guna raket yang sama design dengansuperstar  pakai belilah yang klon punye

Origianal

Klon Gred AAA yang Dato LCW pakai Ori sponsor yer..

Kebanyakan raket klon/ AAA gred ni boleh dapat dengan harga sekitar 120-180 je,jauh lebih murah dengn yang ori punye...Pilihan & budget di tangan anda untuk jual/ beli yang klon punye, kerana sesetengah orang yang baru nk main badminton ni, mereka nk ada feel...rasa berkobar2 sikit bila guna raket lin dan ke, chong wei ke, taufik ke, peter gade ke...betul tak.Tak kisah pun raket tu yg klon, janji lebih kurang sama dengan super star pakai dah rasa cukup hebat dah ga..ga..ga...

Pada pendapat saya ,raket klon ni merupakan altenatif kepada pemain2 badminton untuk menggunakan brand raket2 yang gah seperti Yonex, Li-Ning, Victor, Kason dan seumpamanya lah, maklumlah kebanyakan dari kita ni bukannye berpendapatan besar...tolak belanja tu, tolak belanja ni dah tinggal bape shj untuk diri sendiri,so budget raket kena kumpul dulu......yer
Frame Klon AAA

Original Shaft Voltric 80

Ni pun Original  3u Grip


Monday, 10 March 2014

Raket Yonex Edaran Sunrise

Sunrise adalah pengedar rasmi barangan Yonex di malaysia.Ciri-ciri raket yang di bawa masuk oleh mereka adalah penting sebagai panduan mengenali ketulenan raket tersebut selain harga yang pasti mahal.




hologram sunrise yang seperti gambar di bawah mudah di tanggalkan tanpa merosakan nya dan boleh di letakan pada raket yang lain 



MENGENALI RAKET YONEX TULEN (GENUINE)

Ini  adalah panduan ciri-ciri pada raket yonex untuk mengetahui ia adalah keluaran tulen atau palsu,Ia sebagai rujukan anda ,




Semua raket Yonex tulen mempunyai 2 set nombor Laser, satu di batang , yang lain pada kon.

Shaft ( 7 digit ) - Contoh: 1234567
Nombor ini adalah unik, seperti no body atau pengenalan, kepada setiap raket dan ia berbeza bagi setiap batang raket

No siri pada Kon ( 6 digit + 2 huruf ) - Contoh: 110562JP
 5 digit yang pertama menunjukkan tarikh pembuatan raket. Dalam kes contoh di atas, raket itu dikeluarkan pada 11 Mei 2006. Maksud digit terakhir masih misteri. 2 huruf menandakan Kod Pengedaran. Kod Pengagihan adalah bertujuan untuk menunjukkan negara atau pasaran di mana raket secara rasmi untuk dijual, atau kumpulan pasaran di mana raket dimaksudkan untuk digunakan . Dalam contoh di atas , JP bermaksud Jepun.

Di bawah adalah beberapa contoh Kod Pengagihan :

AS = Australia, BX = Belgium / Belanda, CD = Kanada, CH = China, CN / CP = Pasukan Kebangsaan Cina, DK = Denmark, FR = Perancis, GR = Jerman, HK = Hong Kong, ID = India, IN / IP = Indonesia, JP = Jepun, KR = Korea, MA = Malaysia, NZ = New Zealand, SD = Sweden, SP = Singapura, TH = Thailand, TW = Taiwan, UK = United Kingdom, Amerika Syarikat = Amerika Syarikat